Pemain skuad kebangsaan India bakal beraksi dalam perlawanan paling besar dalam karier mereka apabila AIFF merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan bertemu finalis Piala Dunia 2018, Croatia awal tahun hadapan.

Menurut laporan akhbar tempatan The Times of India, Setiausaha Agung AIFF, Kushal Das telah berjumpa dengan presiden Persatuan Bola Sepak Croatia (CFF) Davor Suker mengenai pendidikan jurulatih dan pembangunan pemain muda serta kemungkinan untuk mengatur perlawanan persahabatan diantara kedua-dua buah negara.

EFM-rvPVAAErFsk

Pasukan Croatia kini berada di kedudukan 8 ranking FIFA manakala India berada ditempat ke 104 dunia selepas pengumuman terbaru oleh FIFA minggu lalu.

Dalam laporan itu juga, pihak CFF yang diketuai oleh Davor Suker akan melakukan lawatan balas ke India pada 27 November 2019 untuk perbincangan lebih lanjut serta menandatangani memorandum persefahaman (MoU).

bola sepak india

Ketua jurulatih India, Igor Stimac dijangka mahu perlawanan tersebut berlangsung mengikut kalendar FIFA pada bulan Mac (23-31 Mac 2020). Skuad India juga turut dijadualkan menerima kunjungan pasukan Qatar pada 26 Mac 2020 untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.

Artikel lain mengenai bola sepak India yang jarang kita tahu.

Thailand Pernah ‘Reject’ Jemputan India Untuk Kejohanan HERO Intercontinental Cup 2018

Liga Super India Bakal Buat Kemunculan Dalam FIFA 2020

Ketua Jurulatih Thailand Dipecat Selepas Dibelasah India 4-1 Dalam Perlawanan Pertama Piala Asia 2019